Tuesday 19 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Pada 27 Januari 2013, diadakan perarakan bagi menyambut Maulidur Rasul anjuran bersama surau Nur Hidayah, Taman Subang Baru PKNS. Anak-anak berarak dari hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang sehingga ke Surau Nur Hidayah.



Anak-anak berjalan dengan penuh semangat sambil melaungkan selawat memuji Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW di bawah pimpinan Ustaz Shuhaimi.





Anak-anak perempuan menunggu di hadapan surau.



pemberian goodies bag untuk anak-anak.








Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Majlis berakhir dengan penuh kesyukuran.

Saturday 5 January 2013

Majlis Makan Malam... 30 Disember 2012

Pada 30 hb Disember 2012, Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Mutiara Kasih mengadakan Majlis Makan Malam bersama ahli2 persatuan. Majlis di adakan di Restoran Te Amor yang terletak di 
Taman Subang Perdana.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk beramah mesra sesama ahli persatuan sambil menghulur sedikit sumbangan kepada anak yatim. 

Pengerusi Persatuan, Puan Fadzilaton  Binti Abdul Manaf mengucapkan kata aluan kepada para hadirin serta memberi sedikit ucapan.


    

     

Ahli-ahli persatuan yang hadir.
                       


AJK PITDAY Mutiara Kasih.

    

Anak2 menjamu selera.



                            

Menjamu selera sambil beramah mesra.


We are number one!!


Anak2 yatim yang hadir.


Sebahagian dari ahli persatuan bergambar bersama.

Majlis bersurai jam 11.00 malam.

Saturday 24 November 2012

Majlis Meraikan Anak Yatim 10 Muharram 1434


Pada 10 Muharram 1434H, Masjid At Taqwa Subang Permai telah mengadakan Majlis untuk meraikan anak-anak yatim sempena Hari Asyura. Anak-anak ini dijemput untuk mendengar ceramah bervisual berbentuk animasi bertajuk Agar Ibadah Diterima. Anak-anak ini juga mendapat sumbangan wang tunai dari individu dan pihak masjid serta  pelbagai bentuk cenderahati.



     Anak-anak memberi tumpuan mendengar ceramah.




Anak-anak berbaris untuk bersalaman dengan AJK Masjid dan individu terlibat dan menerima sumbangan dan cenderahati.






Keseronokan melihat isi beg cenderahati masing-masing.




Di antara barangan yang diterima termasuk alatulis, bekas minuman Tupperware, Kismis Minda, Vitamin Champs dan lain-lain lagi.

Terimakasih bagi pihak Masjid At-Taqwa yang setiap tahun tidak pernah lupa untuk menjemput anak-anak ini untuk diraikan. Semoga mereka-mereka yang terlibat sentiasa mendapat Keberkatan Rezeki yang Baraqah dan Nikmat Kasih Sayang Allah setiap masa dan ketika.


Friday 23 November 2012

Hari Asyura


     Hari Asyura ialah hari yang ke sepuluh dalam bulan Muharram . Hari ini adalah hari yang sangat afdhal bagi kita umat Islam untuk berpuasa sunat selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah. Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah merupakan anugerah dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang seringkali lalai dan alpa dan sering terdedah kepada silap dan salah. Allah menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk hamba-hambaNya memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dan bertaubat. Mereka yang berpuasa juga beroleh pahala yang berlipatganda sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

     " Barangsiapa yang berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharram) maka Allah SWT akan memberi kepadanya pahala 10,000 Malaikat dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid. Dan barangsiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah SWT akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi makan kepada orang Mukmin yang berbuka puasa  pada Hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Nabi Muhammad SAW yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka". [HR Ibnu Abbas ra]

     Terdapat perbezaan pendapat di antara para Ulama' berkaitan puasa sunat sama ada puasa pada hari ke 9 atau ke10. Pendapat sebahagian Ulama', sunat berpuasa hari ke9, hari ke10 dan hari ke11 berdasarkan hadis;

    "Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan amalan orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya". [HR Ahmad]

    Pendapat sebahagian lagi Ulama' ialah sunat berpuasa pada kedua-dua hari ke9 dan ke10 bulan Muharram berdasarkan hadis;

     "Pada hari Rasulullah SAW berpuasa Hari Asyura (hari ke10), para Sahabat berkata;' Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah SAW bersabda,'Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada hari ke9 jika aku masih hidup'. Sebelum tiba tahun depan, Rasulullah SAW wafat".

      Oleh itu, Imam Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulama' berpendapat adalah sunat berpuasa pada kedua-dua hari ke9 dan ke10 agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari saja. Adalah lebih afdhal berpuasa dikedua-dua hari sebagai langkah berhati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.

       Oleh itu, dengan kesibukan masa yang ada, kita terkadang  terlupa untuk menunaikan ibadat sunat ini. Mudah-mudahan tahun ini Allah beri kita kesempatan untuk berpuasa 10 Muharram. Selamat menyambut Hari Asyura dan semoga beroleh kenikmatan di dunia  dan akhirat.

Tuesday 20 November 2012

Rezeki Yang Berkat


      Sebagai seorang hamba Allah, kita semua mahukan rezeki yang murah dan berkat. Untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar-benarnya, kuncinya ialah membuat amalan-amalan taqwa. Amalan-amalan inilah yang menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah lalu Dia melimpahi setiap hamba-hambaNya yang bertaqwa dengan keluasan rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki. [Saba' : 39]


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu;" Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".[Ibrahim:7]


Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun dan bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [TaHa : 132]

Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya [HR Abu Ya'ala ,at-Tabrani, al-Asybahani & al-Hakim]

Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua ibu bapanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya. [HR al-Hakim & ad-Dailami]

Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. [HR Bukhari]

Allah Ta'ala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka. [HR an-Nasaie]

Firman Allah dalam Hadith Qudsi ; "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. [HR al-Hakim & Thabrani]


Doa Waktu Dhuha

اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، والْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، والْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ في الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحَائِكَ 
وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, 
Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, 
Perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, Jika rezeki masih di langit turunkanlah, Jika di bumi keluarkanlah, 
Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan, kepada hamba-hambaMu yang soleh.

"Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan-amalan soleh sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan". [HR Ibnu Majjah]