Sumbangan Ikhlas


Sumbangan

       Pihak Persatuan amat menghargai dan mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya untuk anak-anak Mutiara Kasih ini. Bantuan yang diperlukan oleh mereka adalah  seperti :~
  •       Alatan persekolahan.
  •       Wang tunai atau cek.
       Bantuan berbentuk pemberian biasiswa atau tajaan bagi pelajar-pelajar cemerlang juga amat  diharapkan dalam usaha membantu anak-anak ini menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan diharap dapat mengubah nasib keluarga di masa hadapan seterusnya dapat pula mereka menyumbang di dalam Persatuan untuk mengubah nasib insan yang lain pula.

Sumbangan melalui wang tunai atau cek boleh dibuat atas nama :~

PERSATUAN IBU TUNGGAL & ANAK YATIM MUTIARA KASIH

No. akaun Maybank :  562085584497

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Puan Fadzilaton Binti Abdul Manaf (Pengerusi)
019-3503596

Puan Fatimah Binti Tahir (Timbalan Pengerusi)
017-6207972

Puan Hasnah Binti Mohd Haniefa (Biro Kebajikan)
017-2267573


     Sebagai renungan bersama;

Janganlah memandang rendah insan-insan ini. Mereka juga seperti kita tidak suka meminta-minta. Selagi kudrat ada, selagi itu mereka akan berusaha untuk memperbaiki hidup mereka. Kalau boleh, segala kepahitan dan dugaan yang menimpa diri mereka akan ditelan saja tanpa perlu membabitkan orang lain. Mereka juga punya maruah dan harga diri.

     Cuma kita sebangai insan yang lebih bertuah, punya hati dan perikemanusiaan, tidak mungkin akan memandang ringan dan berlepas tangan dalam usaha membantu insan-insan yang kurang bernasib baik ini. Jadilah masyarakat yang perihatin. Bantulah sedaya yang ada. Fikirkan juga saham kita di akhirat sana.



No comments:

Post a Comment