Tuesday 23 October 2012

Balasan Syurga Buat Pembela Anak Yatim


     Dalam Al-Quran ada disebut sebanyak 23 kali perkataan "yatim". Ini bermakna mereka yang berada dalam golongan yatim memerlukan perhatian dan pembelaan dari masyarakat untuk membolehkan anak2 yatim ini hidup dengan sempurna dan selesa seperti orang lain yang mempunyai penjaga, terutama ayah dan ibu.

     Al-Quran secara jelas menegaskan dalam beberapa ayatnya yang menyuruh kita berbuat baik kepada anak yatim. 

    Mengenai (urusan2 kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (masalah) anak2 yatim. Katakanlah ," memperbaiki keadaan anak2 yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara2 kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Surah Al-Baqarah : 220]

      Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, " Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah swt, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah saw mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya." [Hadith riwayat Ahmad]

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan).

Orang itu ialah orang yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.

Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. 
[Surah Al-Ma'un : 1-3]

          Sesiapa yang berlaku tidak baik atau bersikap  zalim terhadap anak yatim pasti akan menerima balasan daripada Allah swt dan golongan ini dianggap antara satu ciri orang yang mendustakan hari akhirat.

     Besar sungguh pahala bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim. Dalam sebuah hadith daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum pasti Allah swt akan masukkan ke dalam syurga  kecuali dia melakukan dosa yang tidak boleh diampun".   [Hadith riwayat Tirmidzi]

      Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda; "sebaik2 rumah di antara orang Islam adalah rumah yang didalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan sebaik2nya; dan seburuk2 rumah adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim namun diperlakukan dengan buruk". [Hadith riwayat Ibnu Majah]

     Terdapat banyak hikmah apabila ada anak yatim dalam keluarga lebih2 lagi jika anak yatim itu dijaga dengan baik. Allah swt akan memberi rahmat berserta kasih sayangNya. Kita akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Namun jika anak yatim dibawah peliharaan kita diperlakukan tidak baik, maka perbuatan itu akan menerima balasan daripada Allah swt.

Katakanlah (wahai Muhammad); " Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba2Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu demakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik2 Pemberi Rezeki". [Surah Saba' :39]

     Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda; " Tidak ada suatu pagi yang dlalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata; ' Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak'. Malaikat yang satu lagi berkata; 'Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut' ". [ Hadith riwayat Bukahari & Muslim]

      Allah swt akan memberi pahala ganjaran yang setimpal pada kaum Muslimin yang membantu meringankan beban dengan memberi sumbangan berupa derma atau sedekah kepada anak2 yatim ini. Usah dikira banyak atau pun sedikit pemberian yang kita mampu berikan, yang penting keikhlasan hati kita memberi. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati setiap hamba2Nya.


     

Iftar @ Hotel Sunway Pyramid


16 Ogos 2012, anak2 Mutiara Kasih dijemput untuk berbuka puasa bersama warga kerja Hotel Sunway Pyramid.




















Sunday 21 October 2012

Rakaman Program Aktif Raya @RTM


Julai 2012, anak2 dari Persatuan Mutiara Kasih dijemput untuk menghadiri sesi rakaman program Aktif Raya di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur. Penonton2 yang hadir semua menggayakan baju raya masing2. Sungguh meriah sekali suasana dalam auditorium dengan aneka warna baju raya . 


program gameshow Aktif Raya.


host rancangan Aktif Raya, Saiful Apek dan Nurata.


Kumpulan Bahulu dianggotai Zoey Rahman, Almy Nadia, Tengku Suzana Raja Hamat, Ameer Sofarz & Ezad Lazim


Kumpulan Bangkit dianggotai Azrul, Ernie Zakry, Erul, Wan Sharmila & Athirah


Kumpulan Dodol dianggotai Ahdan, Razlan Kristal, Izara Aishah, Dwan & Muaz.



Anak2 Mutiara Kasih berpeluang beraksi bersama Saiful Apek & Nurata.


Anak2 turut beraksi di atas pentas bersama artis.




Pihak jamu Mak Dara bermurah hati memberi sumbangan RM5,000.00 untuk setiap seorang wakil bagi tiga pertubuhan kebajikan anak2 yatim, Persatuan Ibutunggal dan Anak Yatim Mutiara Kasih, Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah dan Rumah Anak Kesayanganku.


Pengerusi Mutiara Kasih, Puan Fadzilaton Abdul Manaf bergambar dia atas pentas bersama dua lagi wakil pertubuhan kebajikan anak2 yatim.

     Majlis berakhir agak lewat, tapi rata2 anak2 ini terhibur dengan persembahan artis2 terkenal ini, lebih2 lagi dengan kehadiran Saiful Apek yang memang senantiasa menggamatkan suasana dengan lawak spontannya. Penonton2 tidak kering gusi melihat telatah mereka. :)

Desa Balqis Kuala Linggi


November 2011, anak2 ini menyertai Persatuan Mas Merah yang diketuai oleh Puan Hajjah Sharifah Kamariah Binti Syed Ibrahim yang kami kenali sebagai 'Ummi' bercuti di Melaka. Anak2 ini turut dirai oleh pelajar2 jurusan Mass Communication dari UiTM Shah Alam. Mereka menyediakan pelbagai acara permainan dan sukan untuk anak2 ini berhibur.


anak2 menghabiskan sebahagian masa bermain di kolam renang.






bermain air di gigi pantai.






















menerima hadiah untuk pasukan yang menang.




tak sabar nak tengok hadiah masing2.


bergambar beramai2 sebelum pelajar2 ini berangkat pulang ke UiTM.

Friday 19 October 2012

Iftar Bersama Harimau Malaya


Bulan Ramadan 2011, anak2 berpeluang berbuka puasa bersama2 pasukan bola Harimau Malaya di
 Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Kumpulan TM di Bangsar. Anak2 berpeluang duduk semeja dengan  pemain bola masing2 dan menerima sebiji bola Harimau Malaya setiap seorang sambil menikmati juadah berbuka yang enak2 belaka. :D