Thursday 18 October 2012

Anak-anak Mutiara Kasih


Assalamualaikum....

    Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya , kami berpeluang menubuhkan Persatuan Ibutunggal dan Anak Yatim Mutiara Kasih ini. Persatuan ini yang ditubuhkan pada 27 hb Julai 2012 bertujuan membela nasib anak2 yatim yang menetap di PKNS Taman Subang Baru, Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar Seksyen U6 Shah Alam.


     
       Secara amnya, anak2 yatim di sini tinggal bersama ibu masing2 dan kebanyakan mereka tidak mendapat sebarang bantuan dari mana2 badan kebajikan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun dari Pusat Zakat. Lebih 70% ibu2 ini bekerja sendiri. Ada yang berniaga kecil2an dan ada yang jadi pengasuh untuk menampung keperluan harian mereka. 

     Sebelum ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, ibu2 di sini sudah pun menjalankan aktiviti2 yang dapat membantu anak2 yatim di sini. Setiap hari minggu, anak2 ini akan menyertai kelas fardu 'ain yang di ajar oleh ustaz/ustazah yang dilantik khas untuk mengajar mereka. Segala aktiviti dijalankan di Surau al-Hidayah di PKNS Taman Subang Baru.

    Selain dari itu, pada musim cuti sekolah, anak2 ini juga akan menyertai Kem Bestari Solat dan kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak2 yang prihatin. Mereka juga berpeluang untuk membuat lawatan ke tempat2 rekreasi dan perkelahan.


Nyanyian nasyid oleh anak2 yatim semasa sambutan Maulidur Rasul 2012 di surau Nur Hidayah.


Sebahagian dari anak2 yatim.


Anak2 yatim yang terdiri dari anak yang berumur 5 tahun hingga 15 tahun.

    Alhamdulillah, anak2 ini juga mendapat perhatian dari individu2 yang prihatin. Pihak2 ini bermurah hati memberi sumbangan dan bentuk bantuan dari segi wang ringgit, peralatan persekolahan dan barang2 keperluan harian. [Semoga Allah membuka rezeki mereka lebih luas lagi dan bertambah baraqah hidup mereka. :) ] 

     Di dalam bulan Ramadhan pula rezeki anak2 ini akan bertambah. Pada waktu ini banyak pihak yang mahu menghulurkan sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban ibu2 tunggal. Anak2 ini juga akan dijemput oleh pelbagai pihak, individu atau badan2 korporat yang bermurah hati untuk meraikan mereka berbuka puasa dan memberi sumbangan untuk hari raya. Alhamdulillah, rezeki anak2 ini memang Allah telah janjikan. Walaupun anak2 ini tidak ada rumah yang khusus untuk menempatkan mereka, tetapi bagi mereka yang prihatin, itu bukan lah satu alasan untuk mengabaikan kewujudan mereka. Jasa mereka semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...


 peace buat semua... :)


majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim.


tersenyum girang ...




leka menjamu selera.


       Insya Allah...mudah2an usaha murni untuk membela nasib anak2 ini mendapat redha Allah dan diberkati olehNya. Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayahNya...amin...

        Sekadar renungan ;
        Tahukah kita kelebihan membela anak2 yatim ini? Sabda Nabi Muhammad saw :~

      " Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di Syurga seperti dua jari ini" [Rasulullah saw menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya. (HR Bukhari)

     " Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya " (HR At-Tabhrani)








         

         

     

No comments:

Post a Comment